DIARI BM1

TAHNIAH!

8 ORANG LEPASAN STPM 2010

MEMPEROLEH 3.00 KE ATAS

 

Dari kiri: Norahasikin binti Ramli (3.25), Nurul Zahidah binti Razali (3.50), Nor Aidatulakma binti Mat Daud (3.08), Mohd Hafiz bin Mohd (3.16), Nor Fatin Haniza binti Azhar (3.42), Shazwani binti Saffee (3.24), Nor Fatin Fakhriah binti Othaman (3.58), dan Iffah Fadiah binti Adnan (3.16)

 

Sebagai penghargaan dan sekalung tahniah kepada mereka, gambar mereka diperagakan pada kepala laman sesawang ini. Semoga mereka dapat melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi pilihan mereka!

21 FEBRUARI 2011

KEPUTUSAN STPM 2010: 19 ORANG CALON MEMPEROLEH A DAN A- BM1 

 

DALAM keputusan peperiksaan STPM 2010 yang diumumkan pada hari ini, 19 orang calon DESSO memperoleh gred A dan A- bagi kertas Bahasa Malaysia 1. Dua belas orang calon mendapat A dan 7 orang lagi memperoleh A-.

 

Pencapaian 19 A dan A- ini daripada 44 orang calon yang mengambil peperiksaan itu menunjukkan sedikit kemerosotan dari segi kualiti berbanding dengan 21 A dan A- pada tahun 2009.

 

Calon yang memperoleh A ialah Nur Fatin Fakhriah binti Othaman, Mohd Hafiz bin Mohd, Mohd Hanafi bin Ibrahim, Norahasikin binti Ramli, Nurul Zahidah binti Razali, Mariana binti Syafie @ Senik, Siti Noralia Farhana binti Che Mohd Kadir, Nor Aidatulakma binti Mat Daud, Nur Fatin Haniza binti Azhar, Mohammad Khairul Anwar bin Hasan, Nor Asharatun Kamilah binti Abd Wahab, dan Mohd 'Aidill Amin bin Zakariah.

 

Pangkat A- pula diperoleh Iffah Fadiah binti Adnan,  Siti Nur Syuhada binti Azmi, Muhammad Faezuddin bin Alis, Nur Amira binti Awang, Mat Yusof bin Mat Rani, Nor Fatihah binti Apati Akhir, dan Muhammad Amiruddin bin Abdul Mutalib.